Pada 11.08.2016 ( Khamis ) Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima seramai 45 peserta program Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Rombongan tersebut telah disambut oleh PP Mohd Kamal bin Samsudin yang mewakili YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, Melaka. Delegasi pegawai tertinggi penjara yang terdiri dari pelbagai negara telah diberi taklimat mengenai Penjara Sungai Udang serta lawatan ke blok penempatan penghuni.
""